Rezeki PG Adam dan Zaf V.E setakat peringkat separuh akhir saja tapi pengalaman yang ditimba amat berbaloi.

MINGGU ketujuh, merupakan peringkat separuh akhir untuk program Hijrahkan Laguku yang berlangsung pada Sabtu lalu (I Januari 2022).

Pada 8 Januari ini akan menentukan siapakah bakal dinobatkan sebagai juara untuk program hiburan berunsur Islamik yang julung kali dianjurkan oleh TV AlHijrah itu.

Malangnya, peserta PG Adam dan Zaf V.E tidak berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka di final bersama dengan Shahir Zawawi, Datuk Nash, Iwan Shahman dan Mark Adam yang digantikan oleh Adeep Nahar sewaktu minggu ketujuh itu.

Adakah Shahir Zawawi bakal menjadi juara program Hijrahkan Laguku musim pertama pada 8 Januari ini.

Tema minggu ketujuh adalah cabaran dalam istiqamah. Peserta menceritakan bagaimana cabaran yang mereka hadapi sepanjang penghijarahan mereka ke arah yang lebih baik.

Kesemua bintang Hijrahkan Laguku melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menyertai program ini dan turut memuji akan insiatif TV AlHijrah dalam memberi mereka ruang untuk berdakwah kepada orang ramai melalui bidang nyanyian dan menghiburkan penonton.

Malah pada minggu ketujuh turut menampilkan persembahan pembukaan istimewa oleh Ali XPDC dengan lagu Allah Yang Esa dan Semangat Yang Hilang.

Ali XPDC menukar lirik lagu Bunga Angkasa menjadi Allah Yang Esa.

Lagu asal Allah Yang Esa adalah Bunga Angkasa. Apa yang menarik keenam- enam barisan bintang Hijrahkan Laguku membuat persembahan bersama-sama dengan memuji baginda Nabi Muhammad S.A.W Dengan selawat Burdah Maulaya Solli.

Manakala barisan juri pada minggu tersebut diketuai juri tetap, Fauzi Marzuki, dibantu oleh Isman Hijaz dan ditemani penceramah jemputan Ustaz Zul Ramli.

Program yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri turut menggunakan format 80 % juri tetap dan 20% undian penonton. Sepanjang tempoh bersiaran, Hijrahkan Laguku telah mendapat sambutan ramai dan diharap akan menjadi sebuah program tahunan buat TV AlHijrah.

Semoga penonton yang mengikuti program ini mendapat manfaat dari segi lirik dan dapat menberikan pengajaran yang baik berlandaskan syariat Islam.
BebasNews

Leave a Reply