SPENCER ELDEN

KES saman model bayi yang menjadi penghias kulit album Nevermind kumpulan lagenda, Nirvana telah digugurkan oleh mahkamah Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Central California apabila plaintiff, Spencer Enden gagal dalam bantahannya terhadap bangkangan kumpulan tersebut ke atas kes berkenaan.

Elden gagal mengemukakan bantahan terhadap permohonan kumpulan tersebut yang mahu kes ini digugurkan pada 31 Disember lalu.

Pun begitu, harapan untuk elden meneruskan samannya masih cerah bila pihak mahkamah masih lagi membenarkan dia untuk memfailkan semula saman tersebut sebelum 12 Januari ini.

“Plantif faham bahawa kegagalan menfailkan saman kedua akan menyebabkan kes ini digugurkan tanpa prejudis,” jelas Hakim Fernando M Olguin

Elden merupakan bayi yang menghiasi kulit depan album Nevermind yang diterbitkan pada tahun 1991.

Dia memulakan tindakan saman berkenaan kerana menganggap gambar telanjang tersebut merupakan satu eksploitasi kepada kanak-kanak dan telah mengakibatkan tekanan perasaan ke atas dirinya.

Elden mendakwa gambar yang dirakam di sebuah pusat akuatik di Pasadena, California itu tidak mendapat persetujuan orang tuanya secara hitam putih, sekali gus menyalahi undang-undang.

Ekoran daripada itu, dia memfailkan saman dan menuntut RM630,000 daripada setiap seorang anggota kumpulan serta beberapa individu lain.

Antara nama yang disaman termasuklah
Dave Grohl dan Krist Novoselic, isteri kepada vokalisnya Courtney Love serta beberapa nama lain yang terlibat dalam pembikinan album itu. – AGENSI

Leave a Reply