KUALA LUMPUR – Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh hari ini dilaporkan dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Turut didakwa seorang wanita, 71, dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’.

Di bawah seksyen 14, mereka yang memperseda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Raja Bomoh dilihat hadir memakai sut hitam dan bersongkok berada di pekarangan mahkamah sekitar jam 11 pagi ini, (1 Januari), lapor Sina Harian.

Kedua-dua mereka didakwa selepas melakukan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir. – BebasNews

Leave a Reply