KUALA LUMPUR – Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyatakan pendirian mereka menyokong kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Mereka berkata: “Kami mewakili seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan pendirian kami menyokong kepimpinan Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama, “ demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kata mereka, warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Junipah Wandi.

BebasNews

Leave a Reply