Anggota tentera meronda di kawasan yang musnah akibat kejadian pecah kedai ketika berlakunya protes rakyat Kazakhstan. Foto ihsan BBC (Abdujalil Abdurasulov)

Kazakhstan – Sekurang-kurangnya 164 orang maut di Kazakhstan semasa protes anti-kerajaan yang ganas, menurut laporan media yang memetik pegawai kesihatan.

Jika berita itu benar ia menandakan peningkatan mendadak daripada angka sebelumnya iaitu 44 kematian.

Hampir 6,000 orang telah ditangkap, termasuk “sebilangan besar warga asing”, kata pejabat presiden Kazakhstan semalam.

Demonstrasi, yang dicetuskan oleh kenaikan harga bahan api, bertukar menjadi rusuhan besar apabila ia merebak ke seluruh negara, lapor BBC.

Mereka bermula pada 2 Januari dan protes semakin meningkat mencerminkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan dan bekas Presiden, Nursultan Nazarbayev, yang memimpin Kazakhstan selama tiga dekad dan dianggap masih mengekalkan pengaruh yang ketara.

Minggu lalu, tentera dari negara termasuk Rusia dihantar ke Kazakhstan untuk membantu memulihkan keadaan.

Di ibu negara, Nursultan, terdapat tanda-tanda jelas bahawa keselamatan telah diperketatkan, kata Rosenberg, dengan pintu masuk ke Istana Presiden di bandar itu disekat.

Terdapat desas-desus menyatakan, bahawa keganasan baru-baru ini dikaitkan dengan perebutan kuasa dalam kalangan elit pemerintah Kazakhstan.

Di Almaty sahaja, kira-kira 103 maut dalam keganasan tersebut.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, AS juga sedang mendapatkan penjelasan daripada presiden Kazakhstan mengenai sebab beliau meminta kehadiran tentera Rusia.- BebasNews

Leave a Reply