Arab Saudi melaporkan dua kes kematian terbaharu.

RIYADH – Arab Saudi telah mengumumkan berlakunya dua kematian akibat COVID-19 dan 4,778 jangkitan baharu pada hari Isnin.

Daripada kes baharu itu, 1,332 direkodkan di Riyadh, 1,122 di Jeddah, 578 di Makkah, 177 di Dammam, 139 di Hofuf, 124 di Madinah, 115 di Khulais, dan 113 di Al-Khobar. Beberapa bandar lain masing-masing merekodkan kurang daripada 100 kes baharu, lapor ArabNews.

Jumlah mereka yang mencatat pemulihan meningkat kepada 547,507 manakala bilangan yang meninggal dunia berjumlah 8,895 orang setakat ini.

Lebih 52.6 juta dos vaksin coronavirus telah diberikan oleh Kerajaan sehingga kini. – BebasNews

Leave a Reply