KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan Mustakim Mohamad sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan yang baharu berkuatkuasa 16 Disember 2021.

“Pelantikan Mustakim ini mengambil kira pengalaman beliau yang telah berkhidmat lebih 18 tahun di TH, meliputi bidang pengurusan kewangan, pelaburan dan juga operasi.

“Pihak Pengurusan yakin kepakaran beliau dapat mengukuhkan lagi pentadbiran kewangan sekaligus membantu Kumpulan TH menghadapi persekitaran ekonomi yang sangat mencabar berikutan kesan wabak Covid-19,” kata Datuk Seri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Mustakim telah memangku jawatan Ketua Pegawai Kewangan susulan peletakan
jawatan Datuk Merina Abu Tahir.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Operasi dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH pada bulan Ogos 2018 sehingga April 2020.

Mustakim merupakan lulusan Sarjana Kewangan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dan juga seorang akauntan bertauliah yang diiktiraf Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Beliau mempunyai lebih 22 tahun pengalaman bekerja khususnya dalam bidang pengurusan kewangan dan auditan di institusi korporat multinasional. – BebasNews

Leave a Reply