Bennet (kanan) bersama-sama pakar bedahnya.

SEORANG rakyat Amerika Syarikat (AS), David Bennett, 57 menjadi orang yang pertama di dunia menggunakan jantung babi yang dihasilkan secara genetik.

Para doktor, bagaimanapun tidak dapat memastikan selama mana pesakit berkenaan mampu hidup bagi tempoh jangka panjang selepas pemindahan jantung dilakukan.

Bennet berkata, beliau bersetuju melakukan pemindahan itu kerana ia merupakan satu-satunya cara terakhir untuk menyelamatkan beliau.

“ Ini merupakan pilihan sama ada menunggu mati atau berpeluang hidup kembali dengan melakukan pemindahan tersebut,” kata Bennet sebelum beliau sebelum menjalani proses pembedahan.

Beliau menyifatkan apa yang dilakukan itu merupakan satu perjudian terakhir dalam hidupnya.

Para doktor di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah diberikan kebenaran khas oleh pihak berkuasa untuk melakukan prosedur tersebut kerana tanpa pemindahan pesakit berkenaan tetap akan mati.- BebasNews

Leave a Reply