Suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. (Gambar SPRM)

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penerbit rancangan selepas didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM300,000.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 40 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur di sini, 8 malam tadi.

Laporan itu menyebut, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tiga rancangan dokumentari berjumlah lebih RM300,000.

Tuntutan terbabit dipercayai dibuat pada 2017 dan 2018 sedangkan rancangan berkenaan tidak dilaksanakan.

Berikutan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan reman hari ini.

Majistret Nur Farahain Roslan membenarkan suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/01/11/tuntutan-palsu-rm300000-penerbit-rancangan-dokumentari-direman-4-hari/

Leave a Reply