SEBANYAK 3,198 kes baharu Covid-19 telah dilaporkan pada Rabu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dalam negara kini mencapai 2,795,233 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter rasminya, hari ini.

“Pada 12 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,198 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,795,233 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman COVIDNOW dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 Januari untuk seluruh negara adalah 1.0.

Kadar Rt tertinggi direkodkan di Labuan (1.12), Kuala Lumpur (1.08), Putrajaya (1.08) dan Sabah (1.07).

Negeri yang mencatatkan Rt terendah pula ialah Terengganu (0.85), Sarawak (0.89) dan Perlis (0.90). – BebasNews

 

 

 

 

Leave a Reply