KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki memfailkan tuntutan saman bernilai RM10 juta terhadap Lalitha Kunaratnam, berhubung penerbitan artikel di portal Independent News Service (INS) pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

Peguamnya Megat Abdul Munir, tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), gagal memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

“Dia (Lalitha) menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter, dengan menyatakan bahawa beliau kekal terhadap dakwaan seperti dalam penerbitan artikel yang anak guam kami berulang kali tegaskan ia adalah suatu tuduhan fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan, Plaintif menegaskan bahawa tajuk artikel-artikel iaitu ‘Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?’ adalah sensasi, bersifat skandal. Menjengkelkan dan menjelekkan.

Menerusi artikel tersebut, Defendan memfitnah Plaintif dengan membuat kesimpulan bahawa Plaintif adalah seorang penjawat awam yang korup dan/atau menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM bagi tujuan kepentingan
beliau sendiri dan/atau adik-beradiknya.

Azam menuntut perintah mahkamah supaya Latitha memadam kenyataan atau artikel berkenaan dalam masa tiga hari dari tarikh penghakiman dan permohonan maaf secara terbuka.

azam saman lalitha

 

BebasNews

Leave a Reply