KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan yang bermula awal minggu ini selepas cuti tambahan seminggu disebabkan banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini menyerlahkan kisah suka duka pelajar di kawasan pedalaman Sabah.

Di saat kanak-kanak dan ibu bapa di bandar, dengan mudah mengambil dan menghantar anak-anak dengan selamat ke sekolah ada anak-anak yang terpaksa bersabung nyawa semata-mata hendak menimba ilmu.

Di kota, jika ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah secara langsung, anak-anak ini boleh berjalan kaki, menggunakan pengangkutan awam atau cara berulang-alik yang lain, semuanya tanpa terlalu risau tentang keselamatan.

Tetapi bagi kanak-kanak di tempat lain di negara ini, terutamanya di kawasan yang lebih terpencil dan luar bandar di Malaysia Timur, bahayanya meningkat dengan ketara.

Di Sandakan, Sabah, pelajar Sekolah Kebangsaan Sibugal Besar kembali untuk sesi pertama di sekolah kelmarin.

Bagi sesetengah pelajar, untuk kembali ke sekolah – dan kemudian pulang ke rumah – mereka perlu menyeberangi Sungai Seguntor.

Satu-satunya cara untuk menyeberangi sungai ini ialah dengan menggunakan jambatan gantung yang menghubungkan Kampung Nelayan ke seberang sungai, di mana sekolah itu terletak.

Selain fakta bahawa jambatan itu telah haus oleh masa, dan telah diselenggara dengan baik, ini tidak terdengar terlalu buruk, bukan?

Namun cuba kita fikirkan, jika jambatan itu runtuh semasa kanak-kanak melintasinya, mereka bukan sahaja menghadapi bahaya kematian akibat terjatuh, tetapi terdapat juga risiko yang jelas untuk lemas.

Ia menjadi lebih teruk disebabkan Sungai Seguntor juga terkenal dengan serangan buaya.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata, walaupun dia ditag kerana isu ini tular dalam talian, dia tidak dapat membantu secara langsung kerana lokasi jambatan itu terletak di bawah kawasan Libaran, dan bukan kawasan Sandakannya sendiri.

Wong berharap ahli parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris akan meningkatkan usaha untuk membantu menyelesaikan masalah jambatan itu.

Kisah yang kini tular di media sosial dan media perdana ini sewajarnya membuka mata dan fikiran kita bahawa memang benar membaca (belajar) adalah jambatan ilmu.

Namun kisah yang mengharukan ini adalah realiti masyarakat kita hari ini, bahawa sesetengah tempat bukan sekadar memerlukan jambatan bersifat metafora tetapi jambatan sebenar bersifat keras diperbuat daripada besi waja yang lebih selamat untuk anak ini menggunakannya.

Akhirnya hari ini, jambatan tersebut telah diperbaiki oleh penduduk kampung dan Ahli Jawatankuasa UMNO Libaran yang telah bergotong-royong menggantikan lantai jambatan gantung yang reput dengan papan baru.

Semoga anak-anak ini dapat menuntut ilmu dengan selamat tanpa ada insiden yang mencemaskan. – BebasNews

Leave a Reply