injection, hand, virus
Photo by WiR_Pixs on Pixabay

UjiVARIAN demi varian baharu virus covid-19 telah menyebabkan keperluan untuk dikaji semula jumlah dos penggalak yang diperlukan bagi mengatasi ancaman penyakit tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa, vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.

 

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC) yang dianggotai 18 pakar berkata, vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC).

Pun begitu kata kumpulan itu, vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan, lapor media-media barat.

Kumpulan itu turut menambah, komposisi vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah.

Pakar telah menggalakkan pengeluar vaksin COVID-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron, sebelum memutuskan perubahan terhadap komposisi vaksin yang mungkin diperlukan.

Pakar turut menekankan kepentingan akses global terhadap vaksin COVID-19 bagi membendung varian Omicron. – BebasNews

 

Leave a Reply