TERLALU banyak kes telah dilaporkan di media namun masih ramai yang terpedaya
dengannya. Sejak beberapa bulan lalu, banyak kes panggilan spam yang melibatkan kerugian berjumlah ratusan ribu ringgit bagi setiap kes telah dilaporkan, melibatkan mangsa dari seluruh negara, dan mereka biasanya hampir bersara atau merupakan pesara.

Berdasarkan laporan berita di media, di Kota Bharu, pada September lalu, seorang pesara kerajaan yang berumur 60-an telah mengalami kerugian sebanyak RM418,000 setelah ditipu oleh tiga orang lelaki yang dipercayai merupakan sebahagian daripada sindiket penipuan Macau. Di negeri yang sama, seorang kakitangan awam yang berusia 50-an telah
mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM395,000 kerana ditipu oleh ahli sindiket penipuan Macau. Di Kluang pula pada Disember lalu, seorang warga emas kerugian sebanyak RM697,000 selepas turut menjadi mangsa sindiket penipuan Macau.

Biasanya, dalang di sebalik penipuan ini (pemanggil yang tidak dikenali) menyamar sebagai pegawai dari badan kerajaan seperti polis, jabatan kastam, Bank Negara Malaysia, mahkamah atau badan swasta seperti institusi perbankan. Tujuannya adalah untuk menipu mangsa bahawa mereka mempunyai masalah dengan pihak berkuasa, kemudian memaksa mangsa mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan mereka.

Menurut Polis Diraja Malaysia, sebanyak 5,725 kes penipuan melalui panggilan telefon telah dilaporkan sepanjang tahun 2019 melibatkan kerugian sebanyak RM254.58 juta. Pada tahun 2020, jumlah kes telah meningkat, di mana 6,003 kes telah dilaporkan dengan kerugian berjumlah RM287. 30 juta. Setakat 24 Mac 2021, sebanyak 1,392 kes penipuan
melalui panggilan telefon telah dilaporkan kepada pihak polis dengan kerugian berjumlah RM38.19 juta

Laporan Spam Global tahunan Truecaller turut mendedahkan bahawa sindiket penipuan juga telah membuat penyesuaian untuk pandemik Covid-19. Berikutan dunia semakin bergerak ke arah norma baharu menjelang hujung tahun 2021 (dan terus berhati-hati untuk mencegah penyebaran varian baharu), beberapa trend lain telah muncul.

Terdapat peningkatan yang jelas dalam jumlah panggilan spam pada bulan Mac dan ia berkait dengan gelombang baharu Covid-19 yang melanda kebanyakan negara-negara membangun. Kenaikan jumlah jangkitan Covid-19 pada bulan Mac yang membuatkan orang ramai panik telah membuatkan sindiket penipuan dan spam memanipulasikan peluang ini, sama ada untuk menjual dadah yang boleh menyelamatkan nyawa, tabung oksigen,
pemekat oksigen atau mendapatkan katil hospital yang begitu terhad bilangannya.

Sepanjang tempoh ini, komuniti Truecaller telah berganding bahu, melipatgandakan usaha dan menjejak penipuan berkaitan Covid, membawakan penurunan sepanjang bulan April dan Mei. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi di beberapa buah negara. Apabila kes aktif menurun, terdapat kaitan secara langsung dengan
spam, di mana kenaikan mendadak dapat dilihat antara bulan Jun dan Oktober 2021.

Kedudukan Malaysia dalam Perkadaran Kes Spam

Walaupun banyak kes yang melaporkan orang ramai menjadi mangsa spam dan penipuan, Malaysia tidak termasuk dalam senarai 20 negara yang paling banyak menerima spam di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rakyat Malaysia tidak terjejas dengan spam. Malah, apabila dilihat daripada purata panggilan spam bagi setiap pengguna
setiap bulan, Malaysia berada di kedudukan ke-32, dan ini bermakna setiap rakyat Malaysia menerima purata 3.5 panggilan spam setiap bulan.

Laporan Global Spam Report menyatakan bahawa daripada semua panggilan spam yang diterima oleh rakyat Malaysia, 99 peratus merupakan panggilan domestik manakala satu peratus lagi adalah dari luar negara. Secara purata, pengguna Truecaller di Malaysia menerima lebih 8 juta panggilan spam sebulan, dan 9 daripada 10 panggilan spam di Malaysia telah dikenal pasti dengan betul oleh Truecaller.

Lebih 16.8 peratus daripada panggilan spam telah dikesan sebagai penipuan oleh pengguna di Malaysia. Bulan Mac dan April 2021 menyaksikan jumlah panggilan spam yang amat tinggi berbanding biasa: lebih 9 juta panggilan dalam setiap bulan tersebut, dengan satu lagi jumlah yang tinggi pada bulan September dan oktober 2021.

Kategori Utama

Panggilan spam yang diterima adalah dalam pelbagai bentuk dan format, dan sindiket ini semakin bijak dari hari ke hari dalam memperdaya mangsa. Salah satu jenis panggilan spam yang banyak dilaporkan adalah panggilan jualan. Dalam kes ini, syarikat atau individu akan
menelefon orang ramai untuk menjual sesuatu, biasanya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. Ini termasuk panggilan telepemasaran, panggilan promosi dari syarikat, kaji
selidik, panggilan politik, panggilan mencari pelanggan baru untuk perkhidmatan, langganan, hospital, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengamal perubatan swasta,
makmal patologi dan banyak lagi. Ini juga termasuk panggilan daripada pengendali selular (syarikat telekomunikasi) yang ingin menjual pelan data yang lebih baik, promosi, dan.banyak lagi.

Seterusnya adalah panggilan gangguan. Disebabkan ini melibatkan spektrum panggilan yang luas, ia secara amnya dikenali sebagai: panggilan yang tidak diingini, mengacau pengguna atau penipuan bagi tujuan berjenaka. Terdapat juga panggilan spam berkaitan
perkhidmatan kewangan yang “melibatkan” bank, kesatuan kredit, syarikat kad kredit,
syarikat insurans dan agensi pengutip hutang (organisasi yang mengkhususkan dalam pembayaran hutang oleh individu atau perniagaan, pencari upahan/bounty hunter dan ejen pengutipan).

Kemudian ada juga panggilan robot yang merupakan panggilan automatik menggunakan mesej yang telah direkod. Sesetengah daripada panggilan ini kedengaran seperti suaram anusia yang sedang bercakap secara langsung. Apabila anda menjawab pertanyaan mereka, mereka akan kedengaran sofistikated, menggunakan teknologi pengecaman suarau ntuk menjawab dan menanyakan soalan seterusnya.

Akhir sekali adalah panggilan penipuan/scam dan ini melibatkan percubaan menipu, menyeleweng wang, pautan yang tidak dikenali, percubaan memancing data dan sebagainya.

Tahun Truecaller dalam Panggilan 2021

Truecaller, sebuah platform global terkemuka untuk mengenal pasti kenalan dan menghalang komunikasi yang tidak diingini telah membantu lebih 300 juta pengguna untuk mengenal pasti dan menghalang 37.8 bilion panggilan spam dan 182 bilion SMS spam pada tahun 2021.

Ini merupakan peningkatan yang signifikan berbanding tahun lalu. Pengguna
Truecaller telah membuat 99.7 bilion panggilan dan menghantar 7.8 bilion mesej sepanjang.tempoh antara 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2021. – BebasNews

Leave a Reply