france, paris, streets
Photo by sulox32 on Pixabay

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa separuh daripada penduduk Eropah dijangka akan dijangkiti dengan varian Omicron dalam masa enam hingga lapan minggu akan datang.

Menurut WHO, gelombang Omicron kini menular ke seluruh rantau berkenaan ketika berlakunya peningkatan varian Delta berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Institute for Health Metrics and Evaluation berpusat di Seattle, Amerika Syarikat.

Unjuran itu berdasarkan kepada tujuh juta kes baharu yang dilaporkan di seluruh Eropah dalam minggu pertama 2022, lapor BBC.

Jumlah jangkitan telah meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh dua minggu.

Kawasan Eropah dan Asia Tengah kekal berdepan dengan tekanan berikuta penularan virus dari negara-negara barat ke negara-negara Balkan.

Kajian terbaharu menunjukkan Omicron tidak akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk berbanding varian yang lain tetapi ia mempunyai tahap jangkitan tinggi termasuk kepada mereka yang telah divaksin.

Pada hari Isnin, United Kingdom mengesahkan terdapat 142,224 kes Omicron dan sebanyak 77 telah meninggal dunia. Sejumlah hospital telah berada pada tahap kritikal berikutan kekurangan kakitangan perubatan dan meningkatkannya tekanan yang disebabkan oleh Covid-19. – BebasNews

Leave a Reply