Images via Daily Mail

TRENTON, Canada – Sebuah asteroid yang lebar sedikit daripada bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa di Dubai dijangka melintas hampir dengan bumi pada minggu depan.

Dikenali sebagai 7482 (1994 PC1), asteroid yang dianggap berpotensi memberikan ancaman kepada dunia, bagaimanapun tidak dijangka akan berlanggar dengan bumi pada 18 Januari ini, lapor CBS News yang dipetik Agensi Anadolu

Asteroid yang mula dikenal pasti oleh pengkaji angkasa lepas pada tahun 1994, kini bergerak pada kelajuan 47,344 kilometer sejam dan bakal melintasi bumi pada jarak kira-kira 1.2 juta.

Kejadian seumpama ini bukanlah baharu kerana terdapat sejumlah 25,000 asteroid telahpun bergerak hampir dengan bumi dan kelebarannya sekurang-kurang sebanyak 500 kaki.

Asteroid itu sekiranya jatuh ke bumi akan menyebabkan sebuah bandar atau negeri yang kecil akan lenyap.

Bagaimanapun NASA, sebuah badan angkasa lepas Amerika Syarikat sudah pun bersedia untuk bertindak sekiranya berlaku ancaman sedemikian. – BebasNews

Leave a Reply