ABDUL AZIM

KUALA LUMPUR – Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan cuba memulihkan semula program pembangunannya jika ada pihak benar-benar mahukan kepakaran pertubuhan itu.

Naib yang dipertuanya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi apapun berkata, program membangun dan melahirkan pemain tidak akan dikendalikan secara besar-besaran seperti dahulu.

”Kami akan bantu kumpulan yang benar-benar mahukan pemain yang berkualiti dapat dilahirkan,” katanya.

Sudah wujud gesaan pelbagai pihak dan persatuan peringkat negeri yang mahukan Kriket Melayu kembali membangunkan pemain kerana sejak persatuan itu menghentikan pembabitannya, Malaysia sudah ketandusan pemain berwibawa dari peringkat usia hinggalah pasukan nasional.

Kriket Melayu menghentikan program pembangunannya secara menyeluruh pada Ogos 2017 baik di peringkat bawah 12, menengah dan pusat prestasi tinggi termasuk penempatan di luar negara setelah bosan dengan campur tangan beberapa pihak.

Berikutan ketiadaan Kriket Melayu dalam program itu, jelas prestasi pemain menurun dan pembabitan kumpulan akar umbi tidak membawa kesan.

”Apakah Persatuan Kriket Malaysia perlu bertanggungjawab di atas kemerosotan prestasi ini? Tanya Abdul Azim.- BebasNews

Leave a Reply