FOTO: U.S. Department of State from United States, Public domain, via Wikimedia Commons.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad telah keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah menjalani beberapa prosedur perubatan.

IJN dalam kenyataan memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu keluar dari pusat rawatan tersebut pada pukul 3.45 petang ini.

Beliau telah menyambung proses pemulihan di rumah.

“Tun Dr.Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali merakamkan penghargaan terhadap semua pihak yang prihatin dan mendoakan sejak Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN untuk prosedur perubatan elektif.

Pada 23 Disember 2021, Dr. Mahathir yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di IJN dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu.

Beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut.

BebasNews

Leave a Reply