Tun Tengku Maimun Tuan Mat

KUALA LUMPUR – Para hakim yang sedang menghakimi prosedur perbicaraan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk Badan Eksekutif, tegas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau menegaskan, dalam sesuatu prosiding, hakim harus mendengar hujah dan membuat keputusan berdasarkan segala bukti yang dibentangkan di mahkamah sahaja.

Maklum mengenai pendedahan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu, bahawa ada pihak tertentu menghubungi Pengerusi Perikatan Nasional itu untuk mencampuri urusan mahkamah dalam kes berprofil tinggi, lapor Astro Awani.

“Memang kita dengar daripada (sidang media Muhyiddin) di TV, tapi from what I’ve heard, he was approached, but none of us (hakim-hakim) have been approached.

“Saya sendiri boleh kata, I don’t think I have been approached. Umum mengetahui hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan dan bukti. We cannot get away dari prinsip itu. Itu prinsip teras.

“Jadi kalau sesiapa pun menghubungi kita, kalau saya kata … tapi at this point is, tidak ada sesiapa pun menghubungi saya secara peribadi.

“I don’t know about the rest, but I suspect also mereka tidak dihubungi mana-mana pihak untuk meminta pertolongan begitu dan begini,” katanya.

Tengku Maimun berkata demikian mengulas ucapan Presiden Majlis Peguam AG Kalidas Krishnan sewaktu Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Putrajaya hari ini mengenai pendedahan Muhyiddin mengenai desakan mencampuri urusan mahkamah.

Muhyiddin dalam sidang media secara langsung pada Ogos 2021 berkata, terdapat beberapa pihak yang cuba menangguk di air keruh dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihak terbabit juga tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka termasuk mencampuri urusan mahkamah.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” ujar Muhyiddin.

BebasNews

Leave a Reply