protest, demonstration, demonstrator
Photo by knelstrom on Pixabay

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) diminta menyiasat tentang kegiatan sebuah kumpulan anti orang Islam yang melakukan perisikan ke atas umat Islam AS bagi pihak rejim Israel.

Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Nihad Awad mendesak Biro Penyiasatan Persekutuan dan lain-lain agensi melakukan siasatan ke atas “Investigative Project on Terrorism (IPT)”, yang dikatakan ditubuhkan oleh aktivis anti Islam.

Nihad dalam medianya secara maya mempersoalkan kenapa IPT dibenarkan untuk melakukan perisikan terhadap umat Islam warga negara AS dan mengatakan perkara itu tidak seharusnya berlaku, lapor Al-Jazeera.

Sementara itu, IPT dalam kenyataannya pula menafikan bahawa pertubuhan itu ditaja oleh Kerajaan AS atau pun negara asing (Israel).

Kedutaan Israel juga tidak memberikan ulasan apabila diminta untuk berbuat demikian. – BebasNews

Leave a Reply