MrBeast muncul sebagai orang yang berjaya menarik ramai peminat di You Tube.

MrBeast atau Jimmy Donaldson, 23, muncul sebagai pencipta kandungan di Youtube (YouTuber) yang berjaya meraih pendapatan paling tinggi pada tahun lalu, demikian menurut Forbes.

Beliau, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), berjaya menarik lebih 10 bilion penonton di platformnya dan meraih pendapatan $54 juta (sekitar RM225 juta).

MrBeast berjaya menewaskan Ryan Kaji, kanak-kanak berusia 10 tahun yang popular kerana ulasan tentang barangan permainan kanak-kanak. Kaji sebelum ini mendahului senarai YouTuber sebagai individu yang meraih pendapatan tertinggi sejak dua tahun lalu.

Ryan Kaji

Menurut majalah terbitan AS, 10 YouTubers yang meraih pendapatan tertinggi pada tahun 2021 secara keseluruhannya memperoleh $300 juta, lapor BBC.

YouTuber, Jake Paul berada di tempat kedua sejak berada dalam senarai 10 terbaik sejak tahun 2018 manakala saudaranya Logan juga kembali berada dalam senarai selepas ‘menghilang’ sejak tahun 2017.

Nathan Graham, seorang pencinta permainan digital, Minecraft, yang dikenali sebagai Unspeakable, juga tersenarai buat pertama kali di tangga ke lima.

Dalam tempoh pandemik, banyak media hiburan yang biasa berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk beroperasi, sekali gus menyebabkan YouTube menjadi tumpuan ramai.

Penyelidik berkata pada tahun 2021, platform berkenaan dikunjungi 2.3 bilion pengguna dan YouTube mendakwa satu billion jam kandungan video ditonton di platformnya setiap hari. – BebasNews

Leave a Reply