Kanak-kanak yang datangnya dari kawasan miskin paling teruk terjejas dengan Covid-19. Foto Agensi Anadolu.

LONDON – Bilangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 di United Kingdom meningkat dengan ketara berikutan penularan tinggi varian omicron, demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan semalam.

Menurut Scientific Advisory Group for Emergencies (SAGE) dalam kertas penyelidikannya, peratusan bayi yang berusia di bawah usia setahun dijangkiti varian tersebut meningkat kepada 30-40 peratus dari bulan Disember hingga pertengahan Januari.

Kajian itu juga mendapati kanak-kanak yang datangnya dari kawasan yang miskin paling teruk terjejas. Kewujudan varian seperti delta juga menyebabkan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam kemasukan ke hospital.

Varian omicron bagaimanapun lebih mudah merebak berbanding dengan varian lain dan pembukaan tadika dan sekolah di seluruh negara menyebabkan penularannya berlaku dengan pantas.

Kajian itu mendapati simptom yang ditunjukkan bayi berkenaan tidak teruk dengan kebanyakannya menghadapi batuk dan demam yang ringan. Jumlah yang terpaksa dihabiskan untuk berada di hospital juga berkurangan.

Jumlah bayi yang memerlukan bantuan pernafasan dan pengambilan oksigen juga menurun jika dibandingkan dengan varian lain.  – BebasNews

Leave a Reply