KUALA LUMPUR – Bagi mengatasi bencana banjir, aspek pengurangan risiko bencana (Disaster Risk Reduction –DRR) tidak boleh dipandang remeh dan ia perlu ditambahbaik secara “whole of society approach” dan diterapkan di dalam segenap

aspek meliputi pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,ini kerana pengurusan bencana adalah urusan semua
pihak.

“Komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (Communication,
Education and Public Awareness – CEPA) merupakan kunci yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi membentuk budaya perkongsian
tanggungjawab, termasuk dalam DRR.

“Selain itu, pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa memainkan
peranan seperti memastikan saluran longkang monsun khususnya di
bandar dan pinggir bandar sentiasa berada dalam keadaan baik dan
tidak tersumbat dengan sampah sarap. Ini bagi mengurangkan risiko
berlakunya banjir kilat yang juga boleh membawa kerugian akibat
kerosakan harta benda,”katanya ketika berucap Mesyuarat Khas
Penggal Keempat
Parlimen Ke 14 Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri berkata,
pihaknya telah
mengarahkan
agensi yang bertanggungjawab supaya
mempercepatkan pembangunan Fasa Ke-2 Program Ramalan dan
Amaran Banjir (PRAB) yang diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) meliputi 38 lembangan sungai utama seluruh negara bagi
membolehkan ramalan awal banjir yang lebih tepat dikeluarkan.

Katanya lagi, dari segi hebahan kepada orang awam, kaedah-kaedah terbaik
dan terpantas untuk mengeluarkan amaran awal dan arahan bersedia
khususnya kepada penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir
perlu ditambah baik, misalnya menggunakan aplikasi WhatsApp, ‘push
notification’ melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.

Rumah penduduk yang terlibat dengan banjir di Padang Jawa Shah Alam.

“Penghasilan visual simulasi banjir, infografik dan sebagainya juga perlu diberi perhatian yang boleh disebarluaskan melalui media massa dan
media sosial,”katanya.

Mengulas mengenai banjir di negeri Selangor yang bermula pada hari 18 Disember tahun lalu, banjir tersebut telah berlaku akibat daripada jumlah purata taburan hujan luar
biasa iaitu 380 milimeter pada hari tersebut yang menyamai jumlah
purata taburan hujan bagi tempoh sebulan.

Pada masa yang sama katanya,
kejadian air pasang telah menyebabkan banjir ini bertambah lebih
buruk.

“Berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka ini,
situasi kelam kabut yang berlaku pada hari pertama pengurusan banjir
di Selangor telah mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi
kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya kompleksiti
banjir bandar (urban flooding).

“Malah pengurusan banjir di Selangor
masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan
ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa-mangsa
berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan,”katanya.

FINAL Teks Ucapan YAB PM Mesyuarat Khas Parlimen

BebasNews

Leave a Reply