Pada kesempatan yang lalu saya menulis bahawa Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudahpun memulakan proses siasatan dalam isu saham berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Biarlah pihak berwenang ini melengkapkan siasatannya. https://bebasnews.my/2022/01/14/usah-diulas-ulas-lagi-isu-saham-azam-baki/

Semalam, SC menjelaskan bahawa Tan Sri Azam Baki tidak membuat sebarang kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun sahamnya itu.

SC berkata, bukti menunjukkan Azam ialah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan itu.

“Selain itu, Azam juga mengendalikan akaun yang dibukanya kerana beliau memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun berkenaan.

“Justeru, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.” https://bebasnews.my/2022/01/19/sc-jelaskan-azam-tidak-melakukan-kesalahan/

Pada 6 Januari yang lalu, Azam sendiri yang mendedahkan dalam sidang medianya bahawa akaun saham beliau digunakan oleh adiknya untuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri. Azam menambah, saham-saham yang dibeli adiknya tiada kaitan dengan siasatan SPRM dan beliau tidak mempunyai kepentingan ke atas saham-saham terbabit.

“Saya ingin menegaskan bahawa dalam isu saham ini, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat ‘conflict of interest’ (percanggahan kepentingan) di pihak saya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas,” katanya.

Susulan itu, SC sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan akan meminta semua pihak yang terbabit, termasuk Azam, untuk memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan yang dibuat, selain mengumpul sebarang bukti berkaitan.

Menurut SC, di bawah seksyen 25 SICDA, semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

“Selain itu, seksyen 29A SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan,” tegas kenyataan itu. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/908487/azam-baki-diminta-beri-penjelasan-kepada-sc

Kenyataan SC semalam tidak merujuk kepada seksyen 29A SICDA.

Seorang pemilik manfaat sekuriti deposit yang membenarkan penama tidak diberi kuasa (unauthorized nominee) menggunakan akaun sahamnya melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 29A SICDA. SC pernah melaporkan kesalahan ini dalam salah satu laporan tahunannya “Updates on Criminal Prosecution in 2018”. https://www.sc.com.my/regulation/enforcement/actions/criminal-prosecution/updates-on-criminal-prosecution-in-2018

Seorang marhaen seperti saya bukan hendak menggembar-gemburkan isu saham Azam demi agenda tersembunyi. https://bebasnews.my/2022/01/19/henti-gembar-gembur-isu-azam-baki-sc-sudah-bersuara/

Atau sebagai satu perancangan besar atau grand design yang mahu merangsang sentimen rakyat untuk tujuan tertentu. https://bebasnews.my/2022/01/19/grand-design-jatuhkan-azam-baki/

Tetapi, walaupun SC sudah bersuara, masih ada persoalan yang berlegar.

• Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.

– BebasNews

Leave a Reply