PANDEMIK Covid-19 telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan e-dagang kerana perniagaan terpaksa mengubah cara operasi mereka untuk terus kekal berdaya saing dan berkembang. Selain itu, peralihan tabiat pembelian dan sikap pengguna akan terus memberi kesan dan mempercepatkan pertumbuhan e-dagang.

“Pandemik telah mengubah cara kerja kita. Ini telah mempercepatkan penerimaan e-dagang dan memacu transformasi perniagaan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Sebagai penyedia logistik, kami perlu berinovasi dan membawa penyelesaian termaju untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan e-peruncit menyampaikan pengalaman pelanggan dalam talian yang lancar ke dunia luar talian.

“Dengan peningkatan pergantungan terhadap e-dagang, kami yakin untuk terus menerajui teknologi dan memperkukuhkan keupayaan kami di persimpangan dunia digital dan fizikal bagi meletakkan FedEx sebagai pesaing pasaran yang positif,” kata SC Chong, Pengarah Urusan, FedEx Express Malaysia.

Beliau berkata, untuk memajukan perniagaan, ahli perniagaan perlu terus mengadaptasi dan menjangkakan keperluan pelanggan mereka. Pandemik ini telah mengubah cara perniagaan beroperasi kerana mereka perlu sentiasa berada di hadapan dengan memberikan penyelesaian kepada cabaran yang mereka hadapi. Mereka mesti terus berinovasi dan mencipta kerana masyarakat telah berubah, dan mereka mesti sentiasa menjadi sebahagian daripada perubahan positif tersebut.

Sebagai penyedia perkhidmatan penting, FedEx telah berkhidmat kepada negara sepanjang tempoh sekatan pergerakan dan tidak pernah berhenti beroperasi. Memandangkan lebih ramai pengguna membeli dalam talian semasa tempoh sekatan pergerakan, FedEx telah menyakikan peningkatan dalam jumlah penghantaran. FedEx juga pantas bergerak kepada penghantaran tanpa sentuh kepada pelanggannya dan memansuhkan keperluan tandatangan yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat perkapalan. Ini adalah untuk meminimumkan interaksi fizikal dan untuk memastikan keselamatan penghantar dan pelanggan kami. Satu penyelesaian digital termasuk FedEx Delivery Manager, FedEx Billing Online, mobile payment dan FedEx Virtual Assistant juga tersedia untuk memudahkan dan melancarkan penghantaran kepada pelanggan dengan cara terpantas dan paling selamat yang mungkin berlaku semasa wabak.

Pada tahun 2020, pasaran e-dagang Malaysia melaporkan pertumbuhan 24.7 peratus, menurut Analitis E-Dagang GlobalData dan syarikat yang menggunakan e-dagang untuk eksport meningkat secara exponen daripada 1,800 kepada 27,000 dalam tempoh yang sama. Dalam menyokong premis ini, menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), pada akhir 2020, 489,000 Perusahaan Mikro dan Sederhana Kecil (MSEM) menerima pakai e-dagang manakala syarikat yang menggunakan e-dagang untuk eksport berkembang dengan pesat daripada 1,800 kepada 27,000 dalam tempoh yang sama.

“Secara keseluruhannya, dengan peningkatan kepentingan e-dagang, perusahaan kecil dan sederhana kini boleh bergerak melangkaui permintaan tempatan atau domestik untuk menjangkau pelanggan serantau dan antarabangsa baharu, sekaligus meningkatkan hasil tanpa kos pelaburan yang berkaitan dengan pembukaan ‘brick-and-mortar storefronts.’ Di FedEx, kami “semua terlibat” dalam pendigitalan dan inovasi untuk membantu memperkasakan perniagaan bagi meningkatkan perdagangan rentas sempadan dan menyampaikan pengalaman digital terbaik dalam kelas kepada pelanggan,” kata SC Chong. – BebasNews

Leave a Reply