HUSSEIN CHOU ABDULLAH

KUALA LUMPUR – Kelab Aman akan mempercepatkan lagi usaha mewujudkan semula gelanggang latihan kriket bagi menampilkan sebuah pusat pembangunan kumpulan bawah 12 tahun.

Bendahari Seksyen Kriket Persatuan Sikh Selangor yang mengendalikan kelab itu, Hussein Chou Abdullah telah berbincang dengan Setiausaha Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Najib Hassan mengenai program pembangunan itu yang akan dimulakan selewat-lewat Mac 2022.

NAJIB HASSAN, Setiausaha Agung Kriket Melayu.

Kelab Aman meluluskan peruntukan bagi membina tempat latihan kriket itu telah mendapat persetujuan bagi mendapatkan bantuan kejurulatihan dan peralatan termasuk rumput tiruan daripada Kriket Melayu.

”Kami ingin bekerjasama dengan Kriket Melayu yang sememangnya pakar dalam urusan pembangunan pemain seperti yang dibuktikan dahulu,” kata Hussein.

Kata Najib, Kriket Melayu bersetuju untuk membantu Kelab Aman yang bersungguh-sungguh ingin mewujudkan sebuah pusat di samping sanggup membina sebuah gelanggang latihan.

”Kami ingin melahirkan ramai pemain tahap tinggi yang akanĀ  membarisi skuad kebangsaan.” – BebasNews

Leave a Reply