KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) berada dalam keadaan stabil dan memberikan respon yang baik kepada rawatan.

Datin Paduka Marina Mahathir dalam kenyataan ringkas berkata, bonda beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya.

Tun Mahathir dirawat di IJN sejak dua hari sebagai lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari, 2022.

KENYATAAN MEDIA DATIN PADUKA MARINA (2)

BebasNews

Leave a Reply