KUALA LUMPUR – Sebuah asteroid besar mendekati bumi hari ini, namun tiada risiko hentaman berlaku, lapor Pentadbiran Angkasa Lepas Aeronautik Kebangsaan (NASA).

Berita Sputnik melaporkan, agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu mengklasifikasikan asteroid 2017 XC62 sebagai ‘objek dekat dengan bumi’ atau near earth objeck (NEO).

Ia dipercayai sekurang- kurangnya selebar 189 meter, lapor Astro Awani.

Ini bermakna asteroid tersebut bersaiz dua kali ganda Statue Of Liberty.

Saintis NASA terus memantau objek tersebut yang dijangka akan berada di kedudukan paling dekat dengan bumi pada Isnin.

Batuan itu bergerak selaju 15,288 kilometer sejam.

Pada titik terdekat, objek angkasa berkenaan dijangka melepasi bumi pada jarak kira-kira tujuh juta kilometer.

Sebarang objek angkasa lepas yang bergerak dalam jarak 7.48 juta kilometer dikategorikan oleh saintis sebagai ‘risiko berbahaya’.

Bulan lalu, penyelidik NASA melaporkan sebuah asteroid sebesar Big Ben dijangka menghentam atmosfera bumi pada ambang tahun baru.
BebasNews

Leave a Reply