Oleh Shahbudin Embun

SEBAGAIMANA maklum, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN), bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Matlamat Utama PRN adalah menyerahkan semula mandat pada rakyat.

Fakta yang patut diambil perhatian oleh kepemimpinan UMNO ialah untuk mendapat opsyen yang terbaik bagi memenangi PRN ini. Antara opsyen yang perlu diambil kira ialah:

* Calon-calon yang bakal ditampilkan wajib 80 peratus terdiri daripada muka-muka baharu yang mempunyai aura serta bersikap professional dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

* Fakta undi 18 tahun dan para pengundi yang akan mengundi untuk pertama kali patut diberi tumpuan. Di Johor terdapat pengundi lama seramai 1.6 juta dan pengundi baru terdapat lebih kurang 500,000 dan ini mewakili 30 peratus daripada jumpah keseluruhan pengundi. Ini bermakna undi baru boleh dikira sebagai kuasa penentu dalam keputusan PRN kelam.
Persoalannya adakah UMNO sudah bersedia memberi keyakinan pada mereka untuk mengundi BN?

* UMNO perlu mencari jalan yang proaktif bagi memujuk rayu pengundi-pengundi Melayu yang duduk di atas pagar untuk menyokong UMNO. Saya difahamkan mereka mempunyai banyak opsyen memilih sokongan sebab banyak parti Melayu lain yang telah diluluskan pendaftaran.

Ini termasuk Parti Warisan dari Sabah yang juga telah mengembangkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia dan mereka telah pun menjalankan beberapa aktiviti sosial di merata tempat untuk meraih sokongan dan menubuhkan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian di seluruh negara.

Begitu juga parti MUDA juga mempunyai impian besar untuk bergerak mengikut selera anak anak muda dalam meraih sokongan anak muda menyertai parti mereka. Dan saya juga teruja atas pengaruh dan kebijaksanaan YB Syed Sadek yang dapat mengumpul dana awam sebanyak 2 juta hanya dalam sekelip mata semasa membantu mangsa banjir baru-baru ini. Bukan tu sahaja, dia juga dapat mengumpul seramai 200 ribu sukarelawan di seluruh negara. Ini adalah cabaran pada UMNO.

* Bagi pengundi Cina dan India pula, kita masih berada di tahap yang tidak boleh berasa selesa, walaupun ada petanda baik bahawa DAP dan PKR telah hilang banyak kepercayaan para pengundi mereka seperti yang berlaku di PRN Melaka dan Serawak baru-baru ini.

* PRN JOHOR sangat penting kepada UMNO/BN. Kemenangan yang selesa akan memberi semangat baharu kepada akar umbi UMNO di seluruh negara dalam mempersiapkan minda, perancangan dan tindakan untuk menghadapi PRU15.

Oleh kerana kemelut politik yang berlarutan mengakibatkan kelembapan ekonomi yang berpanjangan, maka Malaysia amat memerlukan kestabilan politik yang hakiki selepas PRU15.

Untuk pencapaian matlamat tersebut, kemenangan besar BN dalam PRN Johor pasti dapat membangkitkan keyakinan dan semangat serta merupakan tarikan kepada pengundi atas pagar di seluruh negara untuk kembali menyokong BN kelak.

Ini selari dengan hasrat majoriti rakyat yang mengharapkan sebuah kerajaan yang teguh dan stabil dan mendapat keyakinan pelabur asing serta dihormati dunia.

Saya penuh keyakinan PRN Johor akan menjadi pemangkin pada kemenangan bergaya BN dan jika ia menjadi kenyataan maka Perdana Menteri Ismail Sabri Yakcob akan menjadi testimoni dan sebagai PM yang diterima baik oleh Keluarga Malaysia dan semoga kebangkitan Renaisan Baru Malaysia yang kita semua tunggu tunggu kan.

InsyaAllah PM kita dan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden serta Pimpinan UMNO akan berjalan seiring sejiwa sehati dan sekata demi membawa BN/UMNO dan negara ke mercu kejayaan apabila tibanya PRU ke 15 kelak.

Saya percaya Perdana Menteri akan mengambil tindakan proaktif seberapa segera untuk mengadakan PRU ke 15 sebaik saja kita mendapat mandat yang besar di PRN Johor ini.
Kita tidak boleh menunggu lama sangat untuk di adakan PRU sebab pepatah Inggeris ada menyebut strike while the iron is hot

* Penulis ialah Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Biro Politik MPM

— BebasNews

Leave a Reply