DUA orang bayi mati kesejukan akibat salji yang turun lebat dan suhu sejuk melampau melanda kem pelarian di barat laut Syria.

Menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kedua-dua bayi perempuan masing-masing berusia tujuh hari dan dua bulan meninggal di wilayah Idlib.

Sejumlah 2.8 juta orang mendapatkan perlindungan di kawasan yang dikuasai pemberontak selepas menlarikan diri daripada rumah mereka berikutan berlakunya perang saudara sejak sedekad lalu, lapor BBC yang memetik laporan AFP.

Kebanyakan mereka kekurangan pakaian untuk menghalang diri daripada kesejukan dan ketiadaan bahan api untuk memanaskan badan.

PBB memberikan amaran keadaan kini semakin buruk disebabkan oleh kejatuhan ekonomi yang teruk di Syria sehingga menyaksikan harga makanan telah meningkat dua kali ganda selain kekurangan dana untuk membiayai keperluan musim sejuk pelarian berkenaan. – BebasNews

Leave a Reply