KM Pekan - Foto hiasan

DENGAR kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia atau dikenali sebagai APMM akan mengadakan sambutan ulang tahunnya ke-17 di Pelabuhan Klang esok (Selasa 15 Februari).

APMM juga dikenali sebagai coastguard atau pengawal perairan pantai negara. Tugasnya amat penting untuk mengawal pesisir pantai negara — selain tugas polis marin dan barisan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

APMM berada di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Ada suara-suara kedengaran berkata perlukah APMM menyambut hari ulang tahunnya setiap tahun secara besar-besaran dengan kos perbelanjaan yang besar?

Benarkah dalam sambutan itu kali ini, banyak aset-aset kapalnya, yang sepatutnya mengawal perairan negara, digerakkan dari laut Sabah dan laut Lumut ke Pelabuhan Klang untuk mengambil bahagian dalam sambutan itu?

Persoalannya adakah dengan tindakan itu, menyebabkan keselamatan perairan negara telah dikompromi?

Kapal KM Pekan dan Kapal KM Arau difahamkan sudah berlabuh di Pelabuhan Klang — luar ratusan batu nautika dari medan yang sepatutnya ia berkawal.

Kita bimbang dengan “ketiadaan” kapal-kapal itu, sindiket penyeludupan migran dan pendatang asing akan menggunakan peluang itu untuk membolosi perairan kita.

Malah lebih membimbangkan ialah penyusupan elemen-elemen yang tidak dikehendaki, terutamanya dari selatan Filipina.

Saya masih ingat tidak lama dulu apabila rakyat amat bengang dengan agensi coast guard negara ekoran berduyun-duyun pendatang Rohingya berjaya lolos dan berlabuh di perairan Langkawi.

Jika ini berlaku, maka kerajaan akan dipersalahkan lagi dengan tindakan yang kurang bijak itu. Sudahlah pelbagai isu timbul dalam negara sekarang, jangan ditambah lagi dengan masalah yang bukan-bukan.

APMM sepatutnya diamanahkan mengawal perairan negara dan bukan untuk tujuan lain yang membazirkan wang cukai rakyat. Perlu ditekankan APMM adakah agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan perairan di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara.

Mengikuti langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim, APMM menjalankan pemantauan 24 jam setiap hari. Jika kapal tiada macam mana mahu memantau?

Jika benar aset-aset itu sudah digerakkan dari luar medan kawalan mereka untuk meraikan “hari raya” mereka esok, siapa yang akan terpaksa mengambil alih tugas mereka, terutama di perairan yang sensitif seperti di Sabah, misalnya? Adakah oleh pasukan polis marin?

Jika itu benar, maka ia harus diperbetulkan. Biar kita faham mengenai apa yang perlu diberi keutamaan. Kita tidak mahu nanti apabila nasi sudah menjadi bubur, baru kita semua akan menyesal.

Jika maklumat ini tidak benar, maafkan saya. Jika benar, perbaikilah. Rakyat sedang memerhati…

— BebasNews

12 COMMENTS

  1. Jangan bersikap jumud itu nama exercise dijalankan sekali dengan hari HUT bukannya menyambut HUT semata-mata. Kerberhasilan APMM xnk cerita ke tuan penulis? Bila masa ESSCOM dibawah kawalan APMM? Untuk pengetahuan tuan APMM adalah salah satu agensi yg diletakkan di bawah kawalan ESSCOM dimana PDRM yg lead disana. Hasil kepada kerajaan penulis xnk cerita kepada rakyat kenapa mesti menghasut rakyat membenci APMM dengan mengatakan APMM membazir duit rakyat?? Bnyk cerita yang x betul dari betul penulis tulis.

  2. APMM laksanakan Eksesais Maritim Perkasa…. Ambil kesempatan drpd itu untuk menjemput pihak Kementerian melihat sendiri keupayaan aset. Segala kelemahan dan kelebihan dinilai termasuk kesiagaan aset dan tahap kompetensi anggota. Pemilihan tarikh eksesais sahaja di pilih pada tarikh sambutan. Hampir 10 tahun APMM tak buat Eksesais Maritim Perkasa…… Kalau Tentera. Setahun eksesais berkali kali…… Berlaku adil lah kpd APMM. jangan jadikan APMM bahan politik. Tak perlu nak cuit sangat sebab APMM Agensi Kerajaan bukan parti politik.

  3. lebih baik selidik dahulu sblum menulis….benarlah pepatah mata pena lebih tajam dari mata pedang…..belajar kenal APMM dan tugasnya dahulu sebelum menulis elemen² berbaur hasutan seperti ini….jgn disebabkan itu penulis menunding jari mengatakan APMM membazir duit rakyat….ingt wahai penulis…anggota APMM juga rakyat dan mereka tidak terkecuali dari membayar cukai seperti rakyat yg lain..di sini sy ingin berpesan kepada penulis lebih baik diam dari berkata-kata bnda yg x pasti kerana dosa fitnah itu lebih dasyat dari dosa membunuh…..diam tidak menunjukkan kita bodoh tetapi berkata bnda yg tiada manfaat mencerminkan siapa kita sebenarnya….✌🏻

  4. Sembang kari la kau..bukannya semua aset yg terlibat..ada je aset yg menjaga perairan negara..jgn nk mencari salah saja..kaji dulu sebelum menulis

  5. Tuan tahu berapa bilangan penuh aset APMM? Buat kajian dulu sebelum menulis supaya tak terlihat bodoh di mata awam.

    p.s : bukan tuan saja yang bayar cukai.

  6. UTAMAKAN PERAIRAN & KDAULATAN NEGARA DRPD BNDA..BENDA LAIN. APMM BR SETAHIN JGUNG. BUBUN MSH LEMBUT WAJAI ANGGOTA APMM. AMGGOTA PRLU BLJAR MCM MN AMBUSH KOMUNIS DLM HUTAN DULU. DI AMBUSH…DI ATTRACK…MNAHAN LAPAR HINGGA 4 HARI

  7. Sangat kurang maklumat di otak tapi terasa macam sudah besar untuk tulis artikel, realiti rakyat malaysia

  8. Ini tulis sebab boss suruh ni. Nak bantai menteri tapi tak berani depan-depan. Bantailah agensi di bawah kementerian. Taktik lapok penulis bersuruh.

Leave a Reply