Foto Agensi Anadolu- Anggota bomba bekerja keras memadam api.

PARIS – Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah bangunan terbakar di barat daya Perancis.

Letupan itu berlaku di bandar Saint-Laurent-de-la-Salanque di wilayah Pyrenees-Orientales bersempadan dengan Sepanyol.

Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera parah selepas melompat daripada tingkat atas untuk menyelamatkan diri, menurut akhbar harian La Voix du Nord. Tiga lagi mengalami cedera ringan.

Seramai 85 anggota bomba terlibat dalam memadamkan kebakaran yang bermula daripada sebuah kedai runcit-sandwic di bahagian bawah bangunan itu dan menjejaskan sekurang-kurangnya 11 pangsapuri di sekitarnya, kata laporan yang dipetik Agensi Anadolu.

Api dengan cepat merebak ke bangunan kecil dua tingkat di kedua-dua belah jalan. Walaupun selepas setengah jam berlaku kebakaran, pihak bomba masih belum dapat untuk memasuki bangunan itu. – BebasNews

Leave a Reply