SEMRET SINGH DHALIWAL

KUALA LUMPUR – Pembaling tukul besi digeruni tahun 1980-an, Semret Singh Dhaliwal meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Sungai Buloh, pagi 15 Februari 2022.

Semret, 67, juga telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pengurusan jenazah.

Pemenang pingat emas Sukan SEA tahun 1985 dan 1989 telah menubuhkan Global Malaysian Athletic Academy Sdn. Bhd. pada 31 Januari 2022 bagi membantu Malaysia melahirkan ramai atlet berwibawa.

Atlet yang pernah berlatih di Kiel, Jerman itu turut memenangi pingat perak dalam Sukan SEA 1981, 1983 dan 1987. – BebasNews

Leave a Reply