Foto agensi - Ukraine bersedia menghadapi serangan

YIV, UKRAINE – Rusia dijangka tidak akan melancarkan serangan secara besar-besaran ke Ukraine.

Menteri Pertahanan dan Majlis Keselamatan Ukraine, Oleksiy Danilov berkata pihaknya menyedari pekembangan dan juga risiko yang dihadapi oleh wilayahnya.

Sambil menyatakan keadaan kini terkawal, beliau menambah Rusia dijangka tidak akan melakukan serangan berkenaan pada 16 hingga 17 Februari.

Bagaimanapin, beliau berkata, Ukraine juga bersedia untuk menghadapi serangan dan tidak menolak kemungkinan Rusia akan melakukan provokasi.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden sebelum ini memberitahu negara-negara Barat bahawa Rusia akan menyerang Ukraine pada 16 Februari.

Ukraine telah dilanda konflik di wilayah timurnya sejak Mac 2014 berikutan pencerobohan dan pengilhakan Crimea oleh Rusia.

Moscow baru-baru ini mengumpulkan lebih 100,000 tentera berhampiran Ukraine, mencetuskan kebimbangan bahawa Kremlin boleh merancang satu lagi serangan tentera terhadap bekas jirannya Soviet. – BebasNews

Leave a Reply