KUALA LUMPUR – Pengguna aplikasi MySejahtera diminta memuat naik gambar keputusan ujian Covid-19 sewaktu mengemas kini status laporan kendiri jangkitan itu.

Gambar tersebut perlu menunjukkan di mana dan bila ujian Covid-19 dilakukan.

Selain keputusannya perlu dipaparkan sama ada positif atau negatif.

Sebelum ini, pengguna hanya perlu mengisi borang di aplikasi tersebut dengan mengesahkan sama ada positif, negatif atau ujian tidak sah selepas membuat ujian jangkitan berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya membuat ujian saringan kendiri sebelum merancang untuk berkumpul, berkunjung sempena cuti perayaan atau menyertai sebarang acara awam.

Individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak perlu menjalani pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat. – BebasNews

Leave a Reply