Joseph Borrell. Foto ihsan Anadolu

BRUSSELS – Menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia kerana menceroboh wilayah yang berjiran dengan Ukraine.

Ketua Dasar EU, Joseph Borrell dalam satu kenyataan berkata, Rusia dikenakan sekatan hari ini selepas Parlimen Rusia meluluskan perlanggaran undang-undang antarabangsa dan wilayah Ukraine.”

EU juga akan mengenakan sekatan kepada 27 orang dan entiti yang terlibat dalam mencabul kedaulatan wilayah Ukraine.

Entiti yang mendapat manfaat atau membiayai krisis itu termasuk bank-bank yang membiayai pembuat keputusan Rusia dan juga operasi di Ukraine akan disenarai hitam.

Kami juga akan menyasarkan sekatan akses modal dan pasaran kewangan serta perkhidmatan oleh negeri-negeri dalam Rusia dan pentadbiran Moscow, kata Borrell.

Majlis Persekutuan Rusia sebelum ini telah meluluskan penghantaran tentera Rusia ke luar sempadan negara itu. – BebasNews

Leave a Reply