KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) dikatakan sedang mendahului kiraan undi di 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi menyatakan sedemikian.

“Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN. InsyaAllah,” katanya.

Proses pengundian tamat pada pukul 6 petang tadi dengan peratusan mengundi berada di bawah paras 60 peratus daripada keseluruhan pengundi. – BebasNews

Leave a Reply