Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut yang disandangnya, apabila beliau memperoleh 10,508 undi selepas 52 saluran dikira.

Dengan majoriti 5,680, Hasni yang juga Menteri Besar, meninggalkan jauh calon lawan yang bersaing, Isa Ab Hamid dari Perikatan Nasional (PN) yang mendapat undi tidak rasmi 4,828 undi; [email protected] Hosman, PKR (1,147).

Sementara wakil dari PEJUANG, Iskandar Noor Ibrahim, hanya memperoleh 132 undi.

Sehingga jam 9 malam tadi, Hasni mendahului di 52 daripada 54 saluran di DUN Benut.

Sumber asal — https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/933332/hasni-pertahan-kerusi-dun-benut

Leave a Reply