KEPUTUSAN tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) bakal memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang sebelum ini disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan tidak rasmi BN telah memperolehi 7,747 undi berbanding PN memperolehi 4,674 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 4,208 undi dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 215 undi.

Terdahulu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin yang ketika itu bertanding menggunakan logo PKR memperoleh 10,280 undi bagi menewaskan dua calon lain di kerusi DUN tersebut.

Manakala, calon BN, Datuk M. Asojan memperoleh 7,192 dan calon Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sekadar memperoleh 1,806 undi.

Walaubagaimanapun bekas Perdana Menteri itu tidak bertanding dalam PRN Johor kali ini sekali gus tidak mempertahankan kerusi DUN Gambir. – BebasNews

Leave a Reply