KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor pada pilihan raya negeri (PRN) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu juga ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Tahniah kepada Barisan Nasional atas kejayaan membentuk kerajaan negeri di Johor. PKR akur dengan keputusan yang dibuat rakyat Johor,” kata dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Walaubagaimanapun Anwar berkata, beliau khuatir dengan trend peratusan kecil keluar mengundi yang disifatkannya boleh mengugat proses demokrasi.

Dalam pada itu, beliau merakam penghargaan kepada semua pendukung dan jentera PKR serta Pakatan Harapan (PH) yang berhempas pulas menggerakkan kempen sepanjang PRN Johor.

Keputusan PRN Johor semalam dimenangi BN dengan 40 kerusi daripada 56 kerusi dipertandingkan, PH (11 kerusi), Perikatan Nasional . – BebasNews

Leave a Reply