KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangannya pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor,” kata Naib Presiden Umno itu dalam hantaran Facebook beliau malam tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada PRN kali ini.

BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Johor, manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 12 kerusi, Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

DUN Johor dibubarkan pada 22 Jan lepas, manakala penamaan calon diadakan pada 26 Feb lepas.

Sumber asal — https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/13/terima-kasih-pengundi-kata-ismail-selepas-bn-menang-prn-johor/

Leave a Reply