business, team, people
Photo by No-longer-here on Pixabay

TIADA sesiapa yang suka diberitahu bahawa mereka tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan dan jika gagal menambah baik prestasi mereka bakal hilang pekerjaan.

Namun begitu bagaimana pula dengan pemimpin.

Mereka yang terlibat sebagai pengurus kanan dan pemimpin sumber manusia perlu memerhatikan ‘tiga bendera merah’ berikut.

Bendera merah maksudnya: Seseorang merasakan terasing atau terputus hubungan di tempat kerja.

Berdasarkan hierarki piramid keperluan Maslow, selepas keperluan fisiologi dan keselamatan dipenuhi, tahap ketiga keperluan manusia adalah sosial sepenuhnya — “kasih sayang dan rasa dicintai atau dimiliki”

Ya, rasa kasih sayang (tapi bukan, bukan jenis romantik).

Dalam kajian penyelidikan terkenal oleh Sigal Barsade dan Olivia A. O’Neill tentang “cinta peneman, (companionate love)” mereka menyimpulkan bahawa syarikat yang membina budaya emosi berasaskan elemen hubungan kemesraan dan kasih sayang mencapai prestasi yang lebih baik.

Barsade menulis dalam Harvard Business Review bahawa “mereka yang merasakan kasih sayang dan prihatin yang lebih besar daripada rakan sekerja mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik, tetapi tidak ramai mengutamakan kepada membina budaya emosi. Itu adalah satu kesilapan.”

Menurut Barsade dan O’Neill lagi, “pekerja yang merasakan mereka bekerja dalam budaya harmoni dan penyayang melaporkan tahap kepuasan dan kerja berpasukan yang lebih tinggi.”

Penyelidikan Barsade dan O’Neill konsisten dengan banyak kajian lain yang menunjukkan kepentingan mempunyai hubungan dan kepunyaan di tempat kerja. Ini lebih benar untuk pekerja wanita.

Bendera merah: Suara wanita dipinggirkan

Menurut Laporan Budaya 2021 mengenai rasa dicintai atau dipunyai (sense of belonging) di tempat kerja daripada Achievers Workforce Institute, sebanyak 41 peratus wanita berkemungkinan kurang merasakan semangat kekitaan yang kuat di tempat kerja berbanding lelaki.

Selain kesan pandemik, ia adalah alasan kukuh mengapa kita melihat penyertaan tenaga buruh wanita terendah dalam 33 tahun sejak tahun 2020.

Laporan itu berkata, wanita mempunyai 25 peratus kurang berkemungkinan berbanding lelaki untuk berasa selesa dalam berkongsi pendapat berbeza di tempat kerja, dan wanita juga kurang 20 peratus daripada lelaki untuk mengatakan bahawa latar belakang dan identiti unik mereka dihargai dalam syarikat.

Bendera merah: Pekerja tanpa tumpuan

Dalam buku terlaris Annie McKee, “ How to Be Happy at Work”, pasukan penyelidiknya menyimpulkan bahawa untuk terlibat sepenuhnya dan berasa gembira, hampir semua orang perlukan visi masa depan yang bermakna dan mempunyai hala tuju (selain hubungan sesame pekerja yang hebat).

McKee berdasarkan penyelidikannya membuat kesimpulan, pemimpin yang hebat dapat mengaitkan visi organisasi dengan visi peribadi pekerja dan kemudian menyampaikan visi itu secara konsisten.

Bila mana pekerja mempunyai misi dan visi yang jelas untuk kerja mereka, dan pemimpin memaklumkan mereka dan teruja untuk melakukan bersama-sama, ia mewujudkan kesetiaan yang besar dan usaha gigih yang tidak dapat dipadankan oleh pampasan dan faedah. Apabila pekerja percaya dengan kerja yang dilakukan, kerja dan tempat kerja menjadi lebih bermakna untuk mereka.

(Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili BebasNews.)

— BebasNews

Leave a Reply