tractor, drilling, sowing
Photo by amymilitary on Pixabay

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju menumpukan kepada usaha modenisasi dan menggalak pertanian pintar.

Beliau berkata, pada mesyuarat hari ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) diberikan ‘lampu hijau’ untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh sewaan atau pajakan di bawah Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Beliau berkata, langkah berkenaan akan membantu mengatasi masalah dihadapi usahawan-usahawan tani dalam melaksanakan projek-projek pertanian berdaya maju.

Katanya, mesyuarat juga bersetuju menjadikan Cadangan Modenisasi dan Pertanian Pintar Melalui Pemerkasaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pembangunan Bakat Usahawan Tani Negara 2022-2027 dan Transformasi Pertanian Malaysia sebagai satu inisiatif komprehensif mengukuhkan sektor pertanian negara.

“Dalam bergerak ke hadapan, Kerajaan berharap agar sektor tani dan industri pengeluaran makanan negara dapat bergerak maju dan memacu usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan negara dan Keluarga Malaysia,” tambah beliau.

Kenyataan media —

KENYATAAN MEDIA MODENISASI SEKTOR TANI

— BebasNews

Leave a Reply