MOSCOW -– Rusia telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS) John Sullivan dan menyerahkan senarai diplomat Amerika yang diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ (orang tidak dikehendaki) di Rusia.

“Pada 23 Mac, seorang diplomat kanan misi diplomatik AS di Moscow dipanggil ke Kementerian Luar Negeri, telah diserahkan nota dengan senarai diplomat AS yang diusir dari negara itu,” kata Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan pada Rabu.

Langkah itu diambil sebagai tindak balas kepada pengusiran diplomat Rusia dari Misi Tetap Rusia ke PBB di New York dan seorang pekerja Rusia di sekretariat PBB, jelas kementerian itu, lapor agensi Anadolu.

“Pihak AS telah dumaklumkan sebarang tindakan bermusuhan terhadap Rusia akan menerima tindak balas yang tegas dan mencukupi,” tambah kenyataan itu.

Pada 28 Februari, misi AS ke PBB mengumumkan pengusiran 12 diplomat Rusia, menuduh mereka “aktiviti pengintipan.”

Duta Besar Rusia untuk PBB Vassily Nebenzia menyifatkan langkah itu sebagai “tindakan bermusuh”, dan berkata ia melanggar komitmen yang diambil Washington sebagai tuan rumah ibu pejabat PBB di New York.

— BebasNews

Leave a Reply