Friday, August 19, 2022
Home Berita/News Luar Negara/World Kenali siapa Shehbaz Sharif Perdana Menteri Pakistan baharu

Kenali siapa Shehbaz Sharif Perdana Menteri Pakistan baharu

Mian Shehbaz Sharif, ahli politik Pakistan dan tokoh masyarakat yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Punjab, Pakistan. Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) ini juga ketua pembangkang yang disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri Pakistan baharu. - Foto Wikipedia

ISLAMABAD —┬áSusulan undi tidak percaya terhadap Imran Khan, tumpuan kini terarah kepada pemimpin politik baharu yang bakal menggantikannya sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu.

Pembangkang Pakistan sebelum ini telah menggulingkan Imran dalam undi tidak percaya selepas beberapa sekutu bintang kriket berkenaan, dan parti gabungan utama meninggalkannya.

Media antarabangsa melaporkan Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Shehbaz Sharif, yang merupakan ketua pembangkang, bakal menjadi Perdana Menteri Pakistan seterusnya.

1. Shehbaz Sharif, 70, merupakan adik kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif.
2. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Punjab Pakistan sebanyak tiga kali (1997, 2008, dan 2013), menjadikan ahli politik itu Ketua Menteri paling lama.
3. Dikenali sebagai sebahagian daripada Dinasti Sharif, Shehbaz digambarkan sebagai pemimpin yang percaya kepada segala kemungkinan, dan itu ditunjukkan ketika beliau bekerja rapat dengan China untuk mendapatkan projek negara berkenaan.
4. Shehbaz dilahirkan di Lahore dalam keluarga yang berjaya dalam perindustrian, dan menerima pendidikan tempatan. Selepas itu beliau menyertai perniagaan keluarga dan turut memiliki secara bersama sebuah syarikat besi.
5. Beliau menyertai politik di Punjab, menjadi Ketua Menterinya pertama kali pada 1997, sebelum terperangkap dalam krisis politik negara, dan dipenjarakan selepas diguling pihak tentera. Beliau kemudian hidup dalam tahanan di Arab Saudi pada tahun 2000.
6. Shehbaz kembali dari tahanan pada 2007 untuk memulakan semula karier politiknya di Punjab.
7. Beliau memasuki arena politik Pakistan apabila menjadi Ketua PML-N, selepas abangnya Nawaz didapati bersalah pada 2017 kerana menyembunyikan harta berkaitan pendedahan Kertas Panama.
8. Pada Disember 2019, Biro Akauntabiliti Nasional membekukan 23 harta milik Shehbaz dan anaknya Hamza, atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.
9. Pada 28 September, 2020, biro itu menahan Shehbaz di Mahkamah Tinggi Lahore, dan menyabitkannya atas kesalahan pengubahan wang haram. Beliau dipenjarakan sewaktu dalam tempoh perbicaraan. Pada 14 April 2021, Mahkamah Tinggi Lahore melepaskannya melalui jaminan.

10. Penganalisis berpendapat Shehbaz, tidak seperti Nawaz, kerana beliau mempunyai hubungan baik dengan pihak tentera, yang secara tradisinya mengawal polisi luar, di negara bersenjata nuklear dengan populasi 220 juta orang itu.

Pakistan | Imran Khan digulingkan dalam undi tidak percaya

Sumber asal — https://www.astroawani.com/berita-dunia/bakal-perdana-menteri-pakistan-kenali-siapa-sebenarnya-shehbaz-sharif-356114

— BebasNews

Leave a Reply