Foto twitter - Tourism Malaysia Wilayah Selatan - Melaka

Panggung Perpatih Melaka di Balai Istiadat Perkahwinan Melayu Alor Gajah pasti memberikan kelainan kepada pengunjung yang ke sini. 

Istimewa untuk bulan ini pelbagai sajian disediakan sempena Ramadan. 

Alor Gajah terletak di tengah tengah antara Tampin dan Bandar Melaka.

Jika anda melalui Alor Gajah singgah berbuka di Panggung Perpatih untuk mengalaminya sajian Melaka. 

Dengan hanya RM59.00 anda akan disajikan dengan 70 jenis pilihan dari sajian makanan utama hingga ke pencuci mulut.  

Rasai suasana kehidupan kampung  makan bersila dalam rumah tradisional menggamit kenangan lalu. Jangan lupa abadikan dalam gambar. 

Menambah seri lagi anda juga akan didendangkan alunan lagu-lagu klasik yang memberikan suasana nyaman dan enak.

Foto twitter – Tourism Malaysia Wilayah Selatan – Melaka

Antara menu utama yang disajikan — 

  • Kambing golek 
  • Asam pedas 
  • Daging salai masak lemak cili api 
  • Sate daging ayam dan daging 
  • Hati rendang minang 
  • Dan pelbagai lagi sajian menarik yang boleh memikat hati anda. 

Rasai sendiri pengalaman berbuka disini dan anda dapat menghubungi Panggung Perpatih seperti di bawah ini — 

Panggung Perpatih Melaka, Balai Istiadat Perkahwinan Melayu Melaka, Alor Gajah .

No. talipon – 017-674 4099/012-893 0380 

Twitter – Tourism Malaysia Wilayah Selatan Melaka —

— BebasNews

Leave a Reply