Ben Affleck dan Jennifer Lopez bertunang kembali selepas putus 20 tahun lalu.-Gambar billboard.com

TIDAK diduga, selepas 20 tahun putus tunang dan sudah berkahwin dengan orang lain, aktor Ben Affleck, 49, dan Jeniffer Lopez, 52, kembali bertunang selepas bercerai dengan pasangan hidup masing-masing.

Pertunangan itu diumumkan sendiri oleh Lopez kepada peminat melalui saluran On The JLo miliknya. Dia merakamkan satu video mengumumkan pertunangannya dan pada sama menunjukkan sebentuk cincin bertatah berlian berwarna hijau.

Cincin tersebut dikatakan bernilai AS10 juta (RM42.3 juta). Ia lebih mahal daripada cincin untuk  pertunangan pertama yang gagal dahulu, berharga AS2.5 juta (RM10.6 juta), merupakan sebentuk cincin bertatah berlian merah jambu.

Adik Lopez, Lynda, mengesahkan pertunangan kakaknya dalam akaun Instagramnya. Seorang wakil Lopez juga mengesahkan perkara itu dalam satu kiriman berita kepada majalah People.

Pengumuman pertunangan kali ini dibuat secara terbuka berbanding 2002 di mana Lopez dan Affleck berusaha menyembunyikan perhubungan. Ketika itu mereka sering diburu oleh paparazzi yang sentiasa mengintip pergerakan mereka.

Lopez dan Affleck pernah membintangi dua buah filem bersama, komedi romantik Gigli, (2003) dan Jersey Girl (2004). Namun di sebalik berlakon bersama, serta majlis pertunangan yang penuh glamor dan dianggap detik bersejarah Hollywood, pertunangan putus juga.

Selepas putus tunang, Ben Affleck berkahwin dengan aktres Jeniffer Garner pada 2005. Pada 2018 mereka bercerai. Lopez pula pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan Marc Anthony. Dia bercerai dengan Marc Anthony pada 2014. Takdir menentukan Affleck dan Lopez mengikat kembali tali pertunangan yang putus.

Dalam kerjaya mereka, Affleck pernah menang oskar sebagai produser filem Argo. Lopez pula mengaut kekayaan sebagai seorang bintang filem dan juri dalam program American Idol. Pakej ganjaran yanag ditawarkan sebagai juri merangkumi berlakon filem, melancong dan merakam lagu.

Memetik Harper’s Bazaar, Lopez menceritakan, Affleck meluahkan hasrat untuk mengahwininya pada waktu malam ketika dia (Lopez) sedang mandi dalam bath tub berisi air sabun di rumahnya. Walau terkejut dengan kata-kata Affleck yang tidak diduga, dia segera menjawab “Ya!”.

Ben Affleck begitu mesra dengan Jennifer Lopez.- Gambar wonderwall.com

Senyuman terukir di bibirnya, namun pada masa sama tidak dapat menahan linangan air mata gembira kerana setalah putus tunang 20 tahun lalu, mereka kini sekali lagi melalui espisod sama dengan masing-masing berjanji untuk bersama sepanjang hayat.

Lopez menyifatkan dirinya dan Affleck sebagai pasangan paling bertuah kerana mempunyai peluang kedua bertaut kasih. Baginya, ini adalah lambang cinta sejati.

Mengenai cincin pertunangan bertatah berlian hijau, Lopez memberitahu, hijau memang warna kegemarannya dan menganggapnya warna bertuah. Kini warna itu akan selalu berada di sampingnya.

Walau pun selepas Lopez dan Affleck putus tunang dua dekad lalu dan masing-masing berumah tangga dengan orang lain, mereka tetap berkawan baik. Kerana itu kemesraan tetap wujud di antara mereka. Kini mereka bersama mengabadikan cinta dan berjanji tidak akan berpisah lagi.

– BebasNews

Leave a Reply