KHAIRUL DZAIMEE DAUD

SEBANYAK 362 daripada 528 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya yang telah melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang
dalam kejadian pukul 4.30 pagi ini, berjaya ditangkap semula.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka ditangkap dalam gerakan mencari yang dijalankan jabatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang ramai.

“Gerakan mencari dan menangkap baki tahanan yang lain sedang diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Khairul berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan terbabit, dimohon supaya memaklumkan Imigresen atau PDRM.

Dalam kejadiaan tersebut, 528 tahanan pendatang berkenaan didapati memecahkan pintu blok dan gril pengadang, katanya.

Ekoran itu kata beliau, pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi PDRM dan agensi lain yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan.

Kenyataan media —

–BebasNews

Leave a Reply