KUALA LUMPUR — SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) melalui Program SWM Kasih Santun Ramadan telah meraikan golongan Mualaf di ibu pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, pada 15 April lalu.

Program tahunan ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan dan persiapan perayaan Aidilfitri.

“Program ini amat bermakna kerana kita telah bersama- sama membantu saudara baharu Islam yang pertama kali menyambut Ramadan.

“Ada antara mereka mungkin berhadapan cabaran tersendiri dalam melaksanakan ibadah puasa dan memerlukan sokongan supaya mereka tidakmudah mengalah serta terus mendalami Islam.

“Diharapkan dengan sumbangan dan pengisian program SWM Kasih Santun Ramadan ini dapat memberikan pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai suasana dan kemanisan bulan Ramadan yang mulia,” kata Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Tuan Haji Mohd Norlisam bin Mohd Nordin.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, Nur Caren Chung Yock Lan.

Selain menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian, saudara-saudara baharuyang tergolong dalam kategori asnaf ini turut menyertai sesi tazkirah Ramadan, majlis berbuka puasa dan sembahyang Maghrib berjemaah.

Dalam program sama, MACMA dan saudara-saudara baharu ini turut mendaftar sebagai ahli KITARecycle iaitu program kitar semula diperkenalkan oleh SWM Environment bagi
menggalakkan dan membudayakan amalan kitar semula. — BebasNews

Leave a Reply