SEWAKTU Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai juga terkesan. Begitu halnya dengan penyanyi Farhan Azizan,38, yang berdepan dengan kurangnya undangan, telah menceburi bidang baharu membuat kraftangan Decoupage Tiffin dan bag.

Farhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF 4) membuat kerja kraftangan bagi mencari income tambahan.

“Mula tu Farhan tengok-tengok mak mengajar dan Farhan pun saja buat-buat sendiri rekaan yang disukai. Farhan pandai-pandai sendiri dengan belajar melalui Youtube juga.

“Farhan nampak, bidang kemahiran ini nak kena buat selalu…kalau selalu buat makin sempurnalah hasilnya. Farhan juga bertuah kerana ada juga insan yang baik hati sudi untuk mengajar Farhan. Benda ini tak susah untuk dipelajari dan kelasnya pun sehari sahaja.

“Cuma nak pandai dan asah ia jadi sempurna, kita kena buat tiffin itu banyak kali dan hari-hari. Kena belajar dari kesilapan tiffin yang kita hasilkan. Bila tengok hasilnya, kita tahu itu tidak sepatutnya dilakukan dan ianya patut dibuat begitu dan begini, warna atau detailkan lagi coraknya,” kata Farhan yang menggunakan nama anak-anaknya, Orkeyd Souffea sebagai jenamanya.

Farhan menambah,“Sebenarnya dah lama Farhan buat bisnes tiffin …lebih kurang tiga tahun yang lepas. Bermula daripada hobi dan untuk suka-suka bagi menghabiskan masa lapang bila tidak ada show. Tambahan pula emak Farhan buat dan mengajar dan kami juga berkongsi hobi yang sama.

“Masa PKP, hasil jualan tiffin ini membantu menjana pendapatan dan Farhan hanya jual pada kawan-kawan rapat saja. Tak sangka ada juga permintaan untuk Farhan mengajar mereka.”

Hasil perkongsian hidup Farhan dan Ahmad Rashadan,38, pada bulan Oktober 2014 mereka kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata Souffea Zulaeqha, 5 dan Orkeyd Fatheema, 3 tahun 8 bulan.

“Satu tiffin ambil masa tiga hari untuk disiapkan dan kini Farhan mampu menyiapkan 10 tiffin dalam masa tiga hari. Nak buatnya bukan mudah kerana ia mengunakan kemahiran tangan 100 peratus untuk detail dan pemilihan warna dan coraknya.

“Last tempahan yang Farhan buat sebelum puasa. Ada permintaan untuk 100 tiffin dan 60 bag decoupage,” ujar Farhan yang kini merancang menghasilkan single terbaharunya tidak lama lagi.

Decoupage Tiffin handmade by Orkeyd Souffea.

Menurut Farhan,“Syukur alhamdulillah. Sejak longgar PKP dan kini dalam fasa Endemik, Farhan sibuk dengan undangan menyanyi. Sebelum puasa lalu banyak dapat undangan menyanyi dengan kedutaan Turki dan syarikat- syarikat korporat. Selain menyanyi, Farhan juga jadi ‘emcee’..dapatlah bernafas kembali dan rezeki juga tak putus-putus sekarang ini.”

Bercerita mengenai sambutan Hari Raya, kata Farhan lagi, tahun ini pertama kali emak mentua dan adik-adik ipar beraya di rumahnya selepas dua tahun tidak dapat menyambut hari raya.

“Raya kedua, kami balik rumah nenek suami di Raub dan raya ketiga beraya di Kuantan pula sambil menghantar emak mentua pulang kerumah.

“Raya keempat, Farhan akan singgah ke Terengganu pula untuk melawat pakcik belah emak yang baru pindah ke sana sebelum PKP. Dah lama tak dapat melawat saudara-mara di sana.” — BebasNews

Leave a Reply